Tiada Penghujung

Satu perkara yang baik tentang pancing layang ini adalah semakin kita belajar tentangnya, semakin kita sedar yang masih banyak kita tak tahu. Dan seorang pelayang jujur akan sedar yang walau bagaimana tegar sekalipun dia mengkaji, dia tidak akan berjaya mempelajari semua dalam jangka hayat kehidupannya.

Bahtiar: “Aku bukan seorang pelayang yang hebat. Aku bukan seorang penyulam lelayang yang hebat. Aku bukan seorang penulis yang hebat. Aku tidak hebat dalam semua itu.

Izzuman: “Jadi apa yang membuatkan kamu begitu bagus dalam pancing layang ini?”


Bahtiar: “Aku mencintai pancing layang ini lebih dari apa yang semua orang tahu.

Kita perlukan lebih banyak kejujuran seperti ini. Rasa hormat & sayang Bahtiar (bukan nama sebenar) pada pancing layang ini membuatkan dia terus-terusan merendah diri & memandang tinggi pada mereka yang benar-benar pakar; walaupun satu dunia sudah tahu yang dia adalah seorang pelayang yang hebat.

Ego & mengejar pujian adalah pemusnah kepada semangat pancing layang. Ramai mengatakan yang pelayang terbaik adalah mereka yang sentiasa menghargai keseronokan (having fun) dalam apa jua situasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s