Ahli Mesyuarat Tingkap

Aku sangat jarang, jika pernah, menulis tentang topik yang tidak berkaitan secara khusus dengan pancing layang. Bukannya sebab aku tak peduli. Tapi aku sedar aku ni jenis yang suka cakap banyak – jadi taknaklah nampak sangat macam asshole. Walaupun kadang-kadang aku memang asshole. Tapi lepas korang baca yang ini, aku yakin korang akan label aku sebagai pure asshole. But do I look like I give a damn? Aku dah buat keputusan yang mana; menulis benda ini adalah lebih penting daripada kemudaratan akibat menjadi seorang asshole.

Kali ni aku nak cerita tentang hubungan; perhubungan yang diselaputi tahi. Tahi yang keras di luar tapi cair di dalam. Tahi yang hampir kering, lalat pun mual untuk mendekati. Tahi yang jika dihitung secara dangkal boleh diklasifikasikan sebagai “tua”. Tahi yang sudah matang untuk dijadikan baja namun masih kurang kredibiliti untuk berjuang menentang risiko perjalanan kasar di atas lori yang akan mengangkutnya ke ladang-ladang sayur hijau. Tahi ini sangat tahi; sejenis tahi yang sejurus pengeluarannya diselubungi asap tipis, namun hilang apabila dipercik air takungan jamban.

Tahi inilah yang menghurung segenap perhubungan jenis ini. Tahap toleransi aku dah tiris, meyaksikan kawan, keluarga, kenalan – yang sedang bergelumang dengan kepahitan perhubungan yang tidak menentu, yang anehnya direlakan oleh mereka sendiri.

Jangan salah faham, aku ada ramai kawan dan ahli keluarga yang mempunyai hubungan yang kuat dan sihat. Ini adalah hubungan yang dicirikan oleh dua rakan kongsi yang jujur ​​mencintai dan menyokong satu sama lain, satu fakta yang benar-benar jelas kepada orang lain yang berkongsi kehidupan dengan mereka.

Amnya ini perlu ditulis dari sudut pandangan lelaki, seorang self-proclaimedking alpha male”, kerana hanya ini lensa aku untuk mentafsir situasi. Ia adalah satu-satunya perspektif yang aku miliki. Aku tidak boleh menulis ini semua dari perspektif wanita – sebagaimana aku tidak boleh menulis nuansa pancingan dari perspektif seekor ikan.

Kisah ini adalah tentang seorang lelaki dayus yang membuat kesilapan untuk menggabungkan hidupnya dengan seorang perempuan yang tidak menghormatinya, seorang perempuan yang secara kronik dan secara rakusnya meletakkan keperluan remehnya sendiri lebih dari yang sepatutnya.

Alah, kau mesti ada kenal punyalah lelaki jenis macam ni. At least seorang. Walaupun lebih dari 5 itu adalah satu angka kebarangkalian yang rasional. Aku berani pertaruhkan kerandut kanan aku; yang kebanyakan kawan-kawan lelaki kau, semuanya sedikit-sebanyak ada terjebak dalam perhubungan yang jenis macam ini. Kenapa? Sebab aku rasa benda ni dah jadi norma masakini. Ini adalah golongan lelaki yang secara kronik sudah menjangkau jauh dari kewujudan mereka sendiri. Mungkin bukan kehidupan mereka sekarang, tetapi kehidupan yang mereka pernah ada atau kehidupan yang mereka sebenarnya inginkan. Mereka ini telah berhenti mengingati keperluan dan keinginan mereka sendiri sebagai sebahagian daripada usaha yang tidak berkesudahan, berkelajuan tinggi dan sekonyong-konyong; semata-mata untuk menenangkan diktator berpayudara yang mereka tiduri.

Adalah penting untuk aku ambil perhatian korang seketika; walaupun ini adalah naskah tentang perempuan musibat dan lelaki yang mencintai mereka, perkara sebaliknya juga wujud. Statistiknya mungkin jauh lebih tinggi. Dunia ini tidak pernah kekurangan bekalan para lelaki yang tidak mahu mengakui bahawa pasangan mereka mempunyai keperluan dan keinginan, apalagi mempertimbangkannya. Tapi ini bukanlah apa yang aku nak tulis di sini.

Oleh kerana ini adalah blog kusam berpaksikan fly fishing, jelasnya ini akan dijejak kembali ke aspek ini. Fly fishing, bagi kebanyakan kita, adalah salah satu perkara yang kita pilih untuk mewujudkan elemen yang menentukan kehidupan kita. Ia bukannya platform alasan untuk kita elak potong rumput, atau kabur jaga anak, atau ngelat basuh pinggan. Ianya bukan escape. Ianya adalah satu semangat yang tulus, satu peluang kita untuk bersinambung dengan alam, dan masa yang kita belanjakan untuk melakukannya akan memperkaya jiwa kita. Aku tak pernah ragu bahawa masa yang aku luangkan di sungai selama ini menjadikan aku seorang manusia yang lebih baik.

Namun, walaupun betapa pentingnya peranan fly fishing itu dalam kehidupan kita, saban trip aku terpaksa mengadap alasan ultima-haprak; “bini aku demam dia suruh aku picit kepala dia setiap 10 minit” lah, “aku baru dapat tahu bini aku baru pregnant 7 hari” lah, “bini busy parti tupperware takde org jaga rumah” lah. Aku sering menjadi saksi kepada orang-orang yang secara harfiah jasadnya di sungai, tetapi raut muka & hati nurani disendat perasaan bersalah & takut kerana tidak berada di tempat yang “sepatutnya”. Aku selalu dengar betapa saspen-nya diorang kalau isteri diorang tahu berapa banyak duit overtime diorang dah habis dek membeli sebatang fly rod premium kegilaan ramai. Atau lebih pathetic lagi, apabila mereka sanggup mengakui yang keberadaan mereka di kedai pancing hari itu pun adalah atas belas ehsan si isteri.

Iya. Ini semua memang bahan lawak jenaka… but to an extent.

Lihat perkara ini secara tersirat dan korang akan sedar perkara ini sudah menjadi norma. Bukan sahaja semakin ramai lelaki yang terus-menerus menyahsampingkan kehormatan diri dan keperluan mereka sendiri untuk faedah yang diharapkan dari sebuah hubungan bobrok, tapi mereka telah kehilangan rasa malu yang harus datang dengan tingkahlaku demikian. Inikah yang dinamakan “lelaki” hari ini? Adakah kesediaan untuk menyerahkan pemerintahan kehidupan kau sendiri menjadi semacam satu simbol lencana kehormatan? Atau jenaka yang dilemparkan di antara para dayus yang berkongsi nasib yang sama?

Dan akibat tidak boleh menegangkan batang pelir di rumah sendiri, lelaki-lelaki konyol ini akan cuba compensate dengan menjadi pailang di luar rumah (AKA media sosial). Kutuk orang (belakang-belakang), cipta konflik, pupuk grandiosma, pupuk asabiyah, semua orang salah, dia yang betul, dia hebat, dia perkasa, dia premiumetc. So next time kau encounter status / post yang berdegar di Facebook atau Whatsapp, ayat jenis nak UP diri sendiri tak tentu hala; itu pasti 99% datangnya dari kutu-kutu lemau yang di rumah tak boleh nak UP batang kemaluan sendiri sebab takut bini gigit.

Aku yakin ada di antara korang yang baca ini, terkejut dengan tahap penolakan aku terhadap spesis perempuan tongong ini. Jujurnya, aku lebih menyampah dengan sosok lelaki dayus yang tidak berani mengunggah masa yang cukup & berkualiti untuk diri sendiri, dalam masyarakat di mana kaum wanita masih dianggap sebagai warga kelas kedua. Sekiranya sampai perenggan ini korang masih tak perasan aspek ini, maknanya korang masih belum faham apa yang aku cuba sampaikan. Ini bukan kritikan terhadap wanita. Never. Ini adalah kritikan terhadap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka. Manusia yang menafikan keperluan untuk berhubung lebih sedikit dengan satu sama lain. Lousy partners aren’t born, they’re made. Pasangan yang baik memimpin dengan tauladan dan tidak bertolak ansur dengan bullshit.

Tahun depan, aku akan ditauliahkan dengan tahun ke-10 perkahwinan. Inilah salah satu milestones yang menandakan kau telah melakukannya dengan betul. And I did. Sepanjang sembilan tahun yang lalu, aku telah menikah dengan seorang wanita yang super-hebat, yang faham segalanya tentang aku, yang “gets me as much as myself”. Aku tak pernah melobi untuk keperluan aku sendiri. Dia faham apa yang penting untuk diri aku, faham dan merasai passion terhadap semua perkara yang bermakna pada aku – yang merangkumi dirinya & juga anak-anak – dan menyokong setiap usaha aku buat untuk menghiasi dan mengisi kehidupan aku dengan semua perkara itu.

Mengapa tidak? Melihat aku gembira akan membuat dia gembira. Bukankah ini sepatutnya cara ia berfungsi? Bukankah ini datang seiring dengan kasih sayang dan hormat ikhlas seseorang? Bukankah semua ini perkara yang memang semua sudah tahu? Dan kau tak rasa ke semua soalan aku ni tak sepatutnya ditanya at the first place?

Benda ni sebenarnya “a 2-way street“. Kau nak isteri kau buat macam ni pada kau, kau pun kenalah buat benda yang sama kepada dia. Prinsip aku senang; mana-mana lelaki yang tidak mampu menyediakan peluang yang serupa kepada pasangannya, lelaki ini tidak layak untuk perempuan ini. Dan tatkala cabaran & dugaan berbondong-bondong datang ke arah kami, sokongan antara kami muncul secara semulajadi dalam proses usaha keras yang berterusan. Tak dinafikan, kadangkala bergaduh juga. Standard lah tu. Masing-masing nak memanipulasi kekecewaan yang tidak berkaitan, nak menyalahkan satu sama lain atas sebab remeh. Namun dalam kekurangan ini semua, kami tetap berkongsi perasaan kebertanggungjawaban dan berikrar untuk mendatangi segala kecirit-biritan yang dipaksa-sua ke muka oleh kehidupan duniawi. Kami sediakan masa khusus untuk satu sama lain supaya boleh menjauhkan diri dari kehuru-haraan sementara ini.

Aku tak pernah sekali-kali mencongak ini semua sebagai satu pencapaian; kerana ini adalah yang sepatutnya. Inilah yang masuk akal. Dan, jika ini bukan yang sepatutnya, tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan selain aku. Kesalahan ini bukan milik pasangan aku, ianya adalah kepunyaan aku. Tiada siapa yang memaksa aku dalam hal ini.

At the end of the day, in entirety ini bukanlah pasal isteri dan teman wanita, atau suami dan teman lelaki. Dan bukan juga tentang fly fishing. Ini mengenai menjaga kesihatan & pertimbangan perhubungan kedua belah pihak – and the rest don’t matter. Mana-mana hubungan di mana salah seorang tidak mengambil serius atau memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang dimiliki pasangan mereka, dan mengikhlaskan kebebasan untuk menikmatinya – tak kira apa benda sekalipunlah – adalah sesuatu yang pincang.

Sokongan, hormat, kasih, sayang terhadap pasangan masing-masing bukanlah satu pilihan tetapi tanggungjawab. Dan jika ianya satu tanggungjawab yang dia tak boleh penuhi dalam lingkungan keadaan semasa dia, inilah penyelesaiannya.

Pergi. Blah. Walk away.

Sejujurnya kau dah lewat, bro’s. Lewat sangat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s